Peperiksaan OTI 3 (Pra Percubaan UPSR 2012)
Tarikh : 3 - 5 Julai 2012
Bermula 3 Julai, semua murid tahun 6 SKKR akan menduduki peperiksaan OTI 3. Selama tiga hari ini juga, semua murid tahun 6 akan mengerjakan solat Hajat, solat Dhuha dan bacaan surah Yassin di Masjid Nasiruddin Shah, Kampong. Raja.

Murid-murid Tahun 6 beratur sebelum bergerak ke Masjid.

Semoga berjaya! Insya Allah.

Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :Petikan dari Blog Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal
“Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya”.
0 komen:
Catat Ulasan