Sambutan Hari Raya

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah pada 25 Jun 2015 bersamaan 9 Syawal 1436H

Solat Hajat

Solat Hajat beramai-ramai sebelum Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 16 Mei 2015

Kejohanan Bola Tampar

Kejohanan Bola Tampar peringkat Daerah

Pasukan Bola Tampar Sekolah

Barisan pemain Bola Tampar (perempuan) SK Kampong Raja

Daftar Alumni

Bekas Murid dan Bekas Guru SK Kampong Raja dialu-alukan untuk mendaftar sebagai Alumni.
Maklumat yang diberikan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Borang Daftar Alumni

Senarai Alumni yang telah mendaftar
Berapa hari lagi UPSR?

Khamis, 28 Jun 2012

Pembantu Tadbir SKKR 2012

Wajah-wajah Pembantu Tadbir SKKR 2012. Jawatan Pembantu Tadbir penting dalam organisasi sekolah bagi membantu melancarkan pentadbiran.
Photobucket

Rabu, 27 Jun 2012

Lagi Kerja mencantikkan SKKR

Pakcik Azhar sedang dalam proses membina singki baru untuk memudahkkan murid-murid menggunakan paip air.
Photobucket
Kerap membasuh tangan dapat merendahkan risiko jangkitan kuman.

Selasa, 26 Jun 2012

Aktiviti Kelab Beruniform

Unit Beruniform

1. Pengakap
Aktiviti: Menggunakan Deria

Photobucket

Photobucket
Seronok bila Tahun 3 dapat mengalahkan Tahun 4

2. Puteri Islam
Aktiviti: Memasak Cendol

Photobucket

Photobucket
Dah siap, jom makan!


3. St. John
Aktiviti: Menggunakan Mancis

Photobucket

Photobucket
Jangan risau. Guru pembimbing sentiasa berada di sebelah untuk memantau aktiviti dan tingkah laku murid-murid.

4. Tunas Puteri
Aktiviti: Belajar Ikatan Tali

Photobucket


5. Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)
Aktiviti: Membuat Sandwich

Photobucket

Kerja mencantikkan SKKR

Tiang jam lama dicat semula dengan tema 1 Malaysia.
Photobucket

Isnin, 25 Jun 2012

PANDUAN PELAWAT KE SEKOLAH

PANDUAN PELAWAT KE SEKOLAH
1. Berpakaian yang sopan, tidak menjolok mata, longgar (tidak ketat) dan dari jenis kain yang tidak nipis
2. Tidak merokok
3. Pelawat-pelawat mestilah mendapat kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan guru atau murid
4. Semua pengangkutan hendaklah diletakkan di luar kawasan sekolah atau di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
5. Demi keselamatan murid-murid, had laju memandu di sekolah adalah tidak melebihi 10km sejam
6. Hendaklah mendapatkan kebenaran pentadbir sekolah untuk membawa anak pulang

Panduan ini adalah sekadar makluman dan ingatan. Moga kita semua dapat menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada murid-murid. Sekolah adalah tempat memberikan tarbiyyah supaya dapat membentuk anak-anak didik agar berada di landasan yang betul.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Khamis, 21 Jun 2012

Kem Cetus Minda SKKR 2012

Kem yang dijalankan khas untuk calon UPSR tahun 2012 telah diadakan di Kem Sri Keluang. Tahun ini, seramai 137 orang calon akan menduduki peperiksaan UPSR. Kem akan dijalankan selama 2 hari. Guru-guru kelas dan guru tahun 6 sedang mengagihkan baju T pada murid-murid untuk digunakan semasa kem tersebut.
Photobucket

Rabu, 20 Jun 2012

Seronok bersama Cikgu Zurin!

Sekali-sekala, mari belajar di luar kelas!
Photobucket

Seronoknnya kelas Cikgu Zurina, bersama-sama menghasilkan karya seni di tengah padang rumput. Kelihatan Cikgu Zurina yang sibuk menunjukkan contoh bagaimana membuat marbleize paper pada anak-anak didik beliau. Moga dapat banyak ilham ya? Kepada mereka yang berminat dan ingin mencuba, boleh layari laman sesawang ini.

Isnin, 18 Jun 2012

Mari potong rambut

Kebersihan dan kekemasan diri sentiasa harus dijaga. Guru Besar selalu memberi penekanan tentang penampilan diri pada semua warga sekolah. Tidak kira, pekerja, kerani, guru atau murid, semua bertanggungjawab membawa nama baik sekolah.

Photobucket

Khamis, 14 Jun 2012

Tahniah!

Tahniah diucapkan pada calon UPSR SKKR yang berjaya mendapat 5A dalam ujian TOV.
Photobucket

Untuk makluman semua, hadiah yang diterima adalah wang tunai RM10 dan hadiah berbentuk alat tulis dan fail. Tambahan wang RM5 juga diberikan pada mereka yang berjaya mendapat markah 100% untuk matapelajaran matematik oleh Guru Besar sendiri.

Photobucket

Setiap pelajar terbaik dari kelas juga tidak ketinggalan diberi penghargaan. Moga menjadi contoh pada rakan sedarjah. Teruskan usaha semua.

Photobucket

Photobucket

Isnin, 11 Jun 2012

Kuiz TScore

Pihak TOP IT Industries dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) telah bersetuju untuk mengadakan bulan "Kuiz TScore".

Waktu Solat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More