Daftar Alumni

Bekas Murid dan Bekas Guru SK Kampong Raja dialu-alukan untuk mendaftar sebagai Alumni.
Maklumat yang diberikan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Borang Daftar Alumni

Senarai Alumni yang telah mendaftar
Berapa hari lagi UPSR?

Selasa, 22 Julai 2008

Tan Sri Yusof Noor

Tan Sri Yusof Noor | Tun Mohamed Salleh Abas


Photobucket

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja di sekitar tahun 1940an. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Universiti ins Shmas dan Universiti Kaherah Mesir dan pulang dengan Ijazah Doktor Falsafah. Beliau juga pernah mendapatkan pendidikan di Stratchlyde Business School di Scotland. Yusof Noor pernah menjadi guru di beberapa buah sekolah sehingga ke menara gading. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1970-1984. Di UKM beliau pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Naib Canselor UKM. Beliau kini menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di Universiti Sais Islam Malaysia (USIM). Beliau menjadi menteri di jabatan perdana Menteri selepas dilantik sebagai senator antara 1987-1990.

1990-1995 menjadi Menteri Perusahaan Awam. beliau juga dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dari 1995-1999. beliau pernah menjadi pengerusi MARA dan membina MRSM Besut. Kini beliau merupakan Pengerusi FELDA sehingga 1 Januari 2011 dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Khidmat Masyarakat.

Beliau menjadi Pengerusi Yayasan Ehsan dan Pengerusi Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Sebagai bekas ahli akademik, Beliau telah menulis buku dan kertas-kertas kerja ilmiah sebagai tanda cinta beliau dalam bidang ilmu. Beliau turut mengembangkan ilmu falak di Malaysia khususnya melalui Persatuan Falak Syari Malaysia di mana beliau merupakan perasmi kepada majlis penubuhan persatuan ini pada tahun 1986 sekaligus menjadi penaung pertama PFSM. beliau juga bertanggungjawab dalam pembinaan Planetarium Negara dan Pusat Cerapan KUSZA, Terengganu.

Anugerah

Beliau telah dianugerahkan pingat KMN, PPT, JMN, DPMT, SPMT, DSA, PSM dari berbagai negeri di Malaysia dan beliau juga telah dianugerahkan Bintang al-Ulum wal Funun oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak pada tahun 1988. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan menerima wang tunai RM100,000 sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan.

0 komen:

Waktu Solat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More