Daftar Alumni

Bekas Murid dan Bekas Guru SK Kampong Raja dialu-alukan untuk mendaftar sebagai Alumni.
Maklumat yang diberikan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Borang Daftar Alumni

Senarai Alumni yang telah mendaftar
Berapa hari lagi UPSR?

Selasa, 1 Januari 2008

Sejarah Sekolah | Visi & Misi | Lencana Sekolah | Lokasi Sekolah | Carta Organisasi | PIBG | Statistik

Sejarah Sekolah


Photobucket

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja merupakan sekolah tertua di daerah Besut dan mula dibuka pada tahun 1916 di bawah pentadbiran seorang Guru Besar yang bernama Tengku Kasim bin Mohd Yusof. Pada waktu itu, sekolah ini bertempat di sebuah rumah di kampong Pengkalan Teluk (Terletak di antara Masjid Lama Kampong Raja menghala ke Kampung Tanjung Lali.)

Pada masa itu Kampong Pengkalan Teluk merupakan sebuah perkampungan yang padat penduduknya di pinggir sungai. Walau bagaimanapun kampung-kampung tersebut telah hilang kerana dihakis sungai dan penduduknya terpaksa berpindah ke tempat lain. Kemuadian sekolah ini telah berpindah ke tapak baru pada kali kedua iaitu balai Raja Kampong Raja. Balai tersebut ialah kediaman bekas Raja Besut, Tengku Long (Pesuruhjaya Besut Terakhir). Perpindahan ini berlaku pada 1 Julai 1920. Pada 1922, tapak sekolah ini telah dipindahkan lagi ke tapak baru buat kali ketiga dari rumah bekas Raja Besut ke kawasan pasar lama Kampong Raja. Sekarang tempat ini dijadikan stor Majlis Daerah Besut. banggunan ini berukuran 40x40 kaki.

Seterunya tapak sekolah ini dipindahkan lagi buat kali keempat di Jalan Haji Omar pada tahun 1924. Banggunan ini dibina JKR berukuran 80x20 kaki. Walau bagaimanapun pada tahun 1965, banggunan ini telah diroboh setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Kementerian Pendidikan (Allayarham Tun Abdul Razak) dan dipindahkan di Asrama Sekolah Agama Maarif di Jalan Sekolah Agama Maarif Kampong Raja. Pada 1949, sebuah banggunan sekolah dibina di jalan Padang Kampong Raja yang berukuran 60x64 kaki. Bangunan ini digunakan sepenuhnya bagi menempatkan pelajar perempuan sahaja pada tahun 1950, pelajar lelaki pula ditempatkan di banggunan yang terletak di Jalan Haji Omar. guru Besar pertama di sekolah perempuan ketika itu ialah Cik Zaharah binti Ngah. Manakala guru-guru perempuan kesemuanya berjumlah 20 orang.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya menerima kemasukan pelajar lelaki, namun pada tanggal 3 Januari 1937 berlaku perubahan besar dan lebih mengejutkan iaitu kemasukan lima pelajar perempuan yang julung kali diterima. Walaupun mendapat tentangan masyarakat ketika itu, namun keredhaan dan kehendak ibubapa pelajar terbabit telah diterima. Pelajar-pelajar tersebut ialah;
  • Che Kelthum binti Hj. Ibrahim No. Rekod 384
  • Che Fatimah binti Ismail No. Rekod 385
  • Nik Aishah binti Salleh No. Rekod 386
  • Saudah binti Sulong No. Rekod 387
  • Salmah binti Muhamad No. Rekod 388

Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mendorong serta mengesyorkan ibubapa agar memasukkan anak perempuan ke sekolah ini ialah encik Khalid bin Mat Senawi. iaitu guru besar bagi tempah 1936 hingga 1943 yang berasal dari Perak.

Pada tahun 1950, pelajar perempuan telah diasingkan dari pelajar lelaki ke sekolah perempuan di bawah pentdbiran Cik Zaharah binti Ngah yang berasal dari Kuala Terengganu. kemudian pada tahun 25 Julai 1961, beliau digantikan oleh guru besar kedua iaitu Cik Meriam binti Haju Abdullah.

Walau bagaimanapun, menurut seorang pesara guru, Hajah Che Puan binti Abdul Rahman, pada tahun 1953 hingga 1954, murid perempuan dan lelaki telah dicantumkan semula dan darjah 6 diwujudkan sebanyak 2 kelas. Sebelum ini murid-murid hanya belajar setakat darjah 5 sahaja. Murid yang gagal ujian akhir tahun terpaksa menunggu antara 1 hingga 3 tahun lagi sehingga lulus darjah untuk dinaikkan darjah.

Pada 1955, Sekolah Kebangsaan kampong Raja mula membuka kelas darjah 7 bagi murid seluruh Daerah Besut. Pada tahun yang sama, semua murid yang lulus darjah 6 di seluruh Besut akan menyambung pembelajaran mereka disini, Jumlah kelas darjah 7 pada waktu itu ialah dua kelas sahaja,

Pada tahun 1970an, Sekolah Kebangsaan Kampong Raja terus berkembang sesuai dengan keperluan masyarakat yang berkembang sehinggalah kini. Sekolah Kampong Raja juga telah berjaya sejajar dengan kehendak Kamenterian Pelajaran dan menjadi sekolah yang terbaik di daerah Besut.

Kini tiga blok sekolah telah dibina oleh kerejaan bagi memastikan seluruh murid mendapat pendidikan yang sama taraf dengan sekolah-sekolah terbaik di Malaysia. banggunan ini dijanggka diserahkan pada tahun 2012 untuk digunakan.

0 komen:

Waktu Solat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More