Daftar Alumni

Bekas Murid dan Bekas Guru SK Kampong Raja dialu-alukan untuk mendaftar sebagai Alumni.
Maklumat yang diberikan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Borang Daftar Alumni

Senarai Alumni yang telah mendaftar
Berapa hari lagi UPSR?

Rabu, 23 Julai 2008

Tun Mohamed Salleh Abas

Tan Sri Yusof Noor | Tun Mohamed Salleh Abas


Photobucket

Tun Mohamed Salleh Abas dilahirkan pada 25 ogos 1929, seorang bekas Ketua Hakim Negara malaysia dan juga bekas ADUN. DIlahirkan di Kampung Raja, Besut Terengganu, Salleh melanjutkan pendidikannya di Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 1949 dan memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1957, beliau kembali ke Malaysia dan menjadi majistret di Kota Baharu, Kelantan. Tidak lama selepas kemerdekaan pada tahun yang sama, Salleh dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya. Beliau kemudian pergi ke Britain semula untuk memperoleh ijazah sarjananya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London. Salleh kembali pada tahun 1962, dan dilantik sebagai Penasihat Undang-undang dan Penolong Pendakwa Raya untuk kedua-dua Negeri Sembilan dan Melaka. Satu tahun kemudian, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menyandang berbagai-bagai jawatan di bawah Peguam Negara, dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara.

Ketika mencapai usia 50 tahun, Salleh hendak bersara tetapi dipujuk oleh Tun Suffian Hashim, Ketua Hakim Negara, untuk meneruskan perkhidmatannya. Salleh dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ganti. Walaupun kerja itu membosankannya, beliau masih meneruskan. ketika Suffian bersara pada tahun 1982 dan digantikan oleh Raja Azlan Shah, Salleh menjadi Ketua Hakim Tanah Melayu. Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun, iaitu pada tahun 1984, Sultan Perak mengkat dan Raja Azlan meletakkan jawatan untuk naik takhta. Oleh itu, Salleh menjadi Ketua Hakim Negara sebagai ganti.

Semasa tempoh perkhidmatan Salleh, Mahkamah Persekutuan menjadi mahkamah yang tertinggi secara rasmi. Sebelum itu, rayuan bantahan boleh dibuat terhadap keputusan mahkamah tempatan kepada majlis Privy British, tetapi disebabkan kebimbangan terhadap kesan jajahan, hubungan itu diputuskan secara rasmi. Pada tahun 1985, Mahkamah Persekutuan dinamakan semula sebagai Mahkamah Agung.
Tidak lama selepas sabitannya, Salleh dianugerahkan dengan "Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati 9Al-Yunusi)(D.K.)", pingat tertinggi yang boleh dianugerahkan oleh Sultan Kelantan. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, salleh dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu untuk kawasan pilihan raya Jertih dengan tiket Parti Islam Se-Malaysia. Beliau tidak menyertai pilihan raya pada tahun 2004 disebabkan kesihatannya.

0 komen:

Waktu Solat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More