Sambutan Hari Raya

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah pada 25 Jun 2015 bersamaan 9 Syawal 1436H

Solat Hajat

Solat Hajat beramai-ramai sebelum Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Hari Guru

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 16 Mei 2015

Kejohanan Bola Tampar

Kejohanan Bola Tampar peringkat Daerah

Pasukan Bola Tampar Sekolah

Barisan pemain Bola Tampar (perempuan) SK Kampong Raja

Daftar Alumni

Bekas Murid dan Bekas Guru SK Kampong Raja dialu-alukan untuk mendaftar sebagai Alumni.
Maklumat yang diberikan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Borang Daftar Alumni

Senarai Alumni yang telah mendaftar
Berapa hari lagi UPSR?

Rabu, 23 Julai 2008

Tun Mohamed Salleh Abas

Tan Sri Yusof Noor | Tun Mohamed Salleh Abas

Photobucket

Tun Mohamed Salleh Abas dilahirkan pada 25 ogos 1929, seorang bekas Ketua Hakim Negara malaysia dan juga bekas ADUN. DIlahirkan di Kampung Raja, Besut Terengganu, Salleh melanjutkan pendidikannya di Universiti Wales, United Kingdom pada tahun 1949 dan memperoleh ijazah dalam bidang undang-undang. Pada tahun 1957, beliau kembali ke Malaysia dan menjadi majistret di Kota Baharu, Kelantan. Tidak lama selepas kemerdekaan pada tahun yang sama, Salleh dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur di mana beliau berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya. Beliau kemudian pergi ke Britain semula untuk memperoleh ijazah sarjananya dalam undang-undang antarabangsa dan perlembagaan di Universiti London. Salleh kembali pada tahun 1962, dan dilantik sebagai Penasihat Undang-undang dan Penolong Pendakwa Raya untuk kedua-dua Negeri Sembilan dan Melaka. Satu tahun kemudian, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menyandang berbagai-bagai jawatan di bawah Peguam Negara, dan akhirnya dilantik sebagai Peguam Cara Negara.

Ketika mencapai usia 50 tahun, Salleh hendak bersara tetapi dipujuk oleh Tun Suffian Hashim, Ketua Hakim Negara, untuk meneruskan perkhidmatannya. Salleh dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sebagai ganti. Walaupun kerja itu membosankannya, beliau masih meneruskan. ketika Suffian bersara pada tahun 1982 dan digantikan oleh Raja Azlan Shah, Salleh menjadi Ketua Hakim Tanah Melayu. Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun, iaitu pada tahun 1984, Sultan Perak mengkat dan Raja Azlan meletakkan jawatan untuk naik takhta. Oleh itu, Salleh menjadi Ketua Hakim Negara sebagai ganti.

Semasa tempoh perkhidmatan Salleh, Mahkamah Persekutuan menjadi mahkamah yang tertinggi secara rasmi. Sebelum itu, rayuan bantahan boleh dibuat terhadap keputusan mahkamah tempatan kepada majlis Privy British, tetapi disebabkan kebimbangan terhadap kesan jajahan, hubungan itu diputuskan secara rasmi. Pada tahun 1985, Mahkamah Persekutuan dinamakan semula sebagai Mahkamah Agung.
Tidak lama selepas sabitannya, Salleh dianugerahkan dengan "Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati 9Al-Yunusi)(D.K.)", pingat tertinggi yang boleh dianugerahkan oleh Sultan Kelantan. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1999, salleh dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu untuk kawasan pilihan raya Jertih dengan tiket Parti Islam Se-Malaysia. Beliau tidak menyertai pilihan raya pada tahun 2004 disebabkan kesihatannya.

Selasa, 22 Julai 2008

Tan Sri Yusof Noor

Tan Sri Yusof Noor | Tun Mohamed Salleh Abas

Photobucket

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja di sekitar tahun 1940an. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Universiti ins Shmas dan Universiti Kaherah Mesir dan pulang dengan Ijazah Doktor Falsafah. Beliau juga pernah mendapatkan pendidikan di Stratchlyde Business School di Scotland. Yusof Noor pernah menjadi guru di beberapa buah sekolah sehingga ke menara gading. Beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1970-1984. Di UKM beliau pernah menjawat jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Timbalan Naib Canselor UKM. Beliau kini menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di Universiti Sais Islam Malaysia (USIM). Beliau menjadi menteri di jabatan perdana Menteri selepas dilantik sebagai senator antara 1987-1990.

1990-1995 menjadi Menteri Perusahaan Awam. beliau juga dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu dari 1995-1999. beliau pernah menjadi pengerusi MARA dan membina MRSM Besut. Kini beliau merupakan Pengerusi FELDA sehingga 1 Januari 2011 dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan.

Khidmat Masyarakat.

Beliau menjadi Pengerusi Yayasan Ehsan dan Pengerusi Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Sebagai bekas ahli akademik, Beliau telah menulis buku dan kertas-kertas kerja ilmiah sebagai tanda cinta beliau dalam bidang ilmu. Beliau turut mengembangkan ilmu falak di Malaysia khususnya melalui Persatuan Falak Syari Malaysia di mana beliau merupakan perasmi kepada majlis penubuhan persatuan ini pada tahun 1986 sekaligus menjadi penaung pertama PFSM. beliau juga bertanggungjawab dalam pembinaan Planetarium Negara dan Pusat Cerapan KUSZA, Terengganu.

Anugerah

Beliau telah dianugerahkan pingat KMN, PPT, JMN, DPMT, SPMT, DSA, PSM dari berbagai negeri di Malaysia dan beliau juga telah dianugerahkan Bintang al-Ulum wal Funun oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak pada tahun 1988. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah 1431H beliau menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan menerima wang tunai RM100,000 sebuah plak, pingat serta sijil penghargaan.

Isnin, 21 Julai 2008

Personaliti Unggul

Di antara tokoh yang berjaya dilahirkan dari Sek Keb Kampong Raja:

Tan Sri Yusof Noor | Tun Mohamed Salleh Abas

Ahad, 20 Julai 2008

Gambar Sek Keb Kampong Raja (70-an)

Sabtu, 19 Julai 2008

Temasya Sukan Tahun 70-an Sek Keb Kampong Raja

Jumaat, 18 Julai 2008

Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Kebangsaan Kampung Raja berikrar dan berjanji akan sentiasa:

Memberi khidmat yang terbaik, adil, saksama, cekap dan cepat kepada semua pelanggan.

Mematuhi dan melaksanakan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Berusaha mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.

Berusaha mendidik akhlak pelajar supaya menjadi insan muslim yang beriman, beramal dan bertakwa kepada Allah.

Berusaha mempertingkatkan pelajar dalam bidang kokurikulum selaras dengan 'Sukan Untuk Semua'

Menjalin silaturahim dan kerjasama erat dengan ibubapa serta masyarakat setempat.

Melahirkan lepasan sekolah yang berilmu, beriman, beramal soleh demi mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Rabu, 16 Julai 2008

Lagu Sekolah

Tajuk: Megah Bersamamu

Ilmu sahabat sejati,
Itulah pegangan murni,
Panduan kami semua,
Dengan ikrar nan satu,
Teguh di sanubari,
Usaha tekun dan bertakwa,
Mencapai cita-cita dan harapan,
Menuju kecemerlangan,
Dalam semua lapangan,
Penuhi impian,
Amanah nusa dan bangsa,
SKKR,
Megah dan bangga
Kami bersamamu,
SKKR,
Pada yang Esa kami pohonkan,
Terus maju dan jaya.

Selasa, 15 Julai 2008

Matlamat Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampong Raja dengan segala sumber dan kemampuan yang ada akan menterjemah dan merealisasikan matlamat serta aspirasi kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan:

Melahirkan murid yang bukan sahaja berpendidikan tetapi mempunyai jatidiri teguh sesuai dengan kehendak rakyat dan masyarakat di Malaysia.

Menerapkan dalam diri murid tentang kepentingan ilmu, nilai murini serta menyumbang sesuatu kepada masyarakat, agama dan negara.

Melahirkan murid yang berfikiran positif dan mampu menyesuaikan diri dengan keadaan.

Menggalakkan perkembangan kepimpinan pelajar melalui program dan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Menwujudkan murid yang sayang kepada sekolah, masyarakat dan negara.

Mengamalkan budaya kerja cemerlang, efisien, bertanggungjawab, dedikasi, bersih, cekap dan amanah.
Sentiasa mewijudkan suasana yang kondusif kepada guru dan murid.

Isnin, 14 Julai 2008

Falsafah Sekolah

Bagi mencapai cita-cita murni dan matlamat yang disasarkan, maka visi dan misi sekolah telah selaras dengan moto dan falsafah sekolah dalam mencapai hasrat kecemerlangan dan mengekalkan pencapaian. Berusaha dalam setiap kerja yang diamanahkan. menyokong segala usaha Kementerian Pelajaran dalam memartabatkan Pendidikan di Malaysia dan sentiasa yakin untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik.

Ahad, 13 Julai 2008

Moto Sekolah

Ilmu Sahabat Sejati

Khamis, 10 Julai 2008

Penafian

Penafian Laman Web Sekolah Kampong Raja

Semua maklumat yang disediakan di laman blog ini adalah untuk tujuan pendidikan bukan komersial sahaja. Rujukan kepada produk komersial atau nama perdagangan tidak mewakili sokongan Sekolah Kampong Raja terhadap mana-mana produk atau syarikat. Walaupun perhatian telah diberikan dalam penyediaan maklumat yang terkandung dalam laman blog ini, pihak Sekolah Kampong Raja tidak boleh dan tidak akan menjamin ketepatan maklumat. Penggunaan maklumat dari laman blog ini adalah atas tanggungan pengguna sendiri.

Walaupun pihak Sekolah Kampong Raja aktif memantau kandungan laman blog ini, kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan di luar laman blog ini, juga dikenali sebagai kandungan "luar tapak". Walaupun kami telah berusaha untuk memastikan bahawa kandungan luar tapak yang sesuai dengan cara yang terbaik, kami tidak mempunyai kawalan ke atas landskap yang sentiasa berubah di Internet. Selain itu, kami juga tidak menjalankan kawalan ke atas mana-mana laman blog yang mungkin memilih untuk membuat capaian. Jika anda melihat sesuatu yang boleh dipersoalkan (iklan, pautan ke laman-laman blog yang tidak sesuai, bahasa kasar, dll), sila hubungi pejabat sekolah di talian (609)695 6794.

Semua bahan di laman blog ini (melainkan jika dinyatakan sebaliknya), adalah harta intelek milik Sekolah Kampong Raja Sekolah. Tiada bahan boleh disalin atau digunakan tanpa kebenaran bertulis oleh Sekolah Kampong Raja. Sila hubungi kami di talian (609)695 6794 untuk maklumat lanjut mengenai isu ini.

Terima kasih.

Rabu, 9 Julai 2008

Misi Sekolah

Bahawa sesungguhnya, kami warga Sekolah Kebangsaan Kampong Raja berazam dengan penuh iltizam untuk mencapai cita-cita berikut:

  • Berusaha mempertingkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar.
  • Menentukan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
  • Memberi peluang pendidikan yang sama dan adil kepada semua pelajar.

Selasa, 8 Julai 2008

Guru Besar

Dilahirkan pada 7 Mei 1958 di Jerteh, Besut Terengganu. Mendapat pendidikan awal di SK Pusat Jerteh di peringkat rendah dan di peringkat menengah pula di SMK Tegku Mahmud, Besut. Selepas tamat tingkatan 3, beliau menyambung pelajaran ke SM Sais Sultan Mahmud hingga tingkatan 5. Selepas tamat peperiksaan MCE, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertanian Malaysia Serdang sehingga dianugerahkan Diploma Sains dengan pendidikan (Matematik) pada 1980.

Selepas itu beliau telah berkhidmat di beberapa sekolah menengah di daerah Besut. pada 1 Februari 1993, beliau telah dilantik sebagai guru besar di SK Benting Lintang. Kemudian ditukarkan ke SK Pasir Akar, SK Alor Lintah pada 1 November 2003, beliau telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampong Raja sehingga sekarang.

Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru besar, beliau telah menerima APC dengan pergerekan gaji melintang pada tahun 2003, Anugerah Guru Cemerlang Daerah Besut 2003, Anugerah Cemerlang (APC) 2005 dan Anugereah Tawaran Baru Pengetua dan Guru Besar di bawah NKRA Pendidikan pada 28 Februari 2011.

Antara visi beliau adalah untuk menjadikan SK Kampong Raja antara sekolah terbaik di peringkat negeri dan negara.

Waktu Solat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More